One Page Report (OPR) ialah laporan satu muka surat bagi setiap program, aktiviti atau pertandingan sekolah. Di kebanyakan sekolah, OPR masih disediakan dengan templat Word, Canva atau Google Slides. Setiap guru mengubah templat sendiri, gambar disusun tangan, dan fail tersimpan di telefon guru yang menyediakannya.
e-Pengurusan Sekolah menyimpan setiap OPR dalam satu sistem sekolah. Guru mengisi borang di telefon, sistem menyusun PDF A4 yang seragam, dan laporan itu boleh dicari oleh pentadbir bila-bila masa.
Apa yang guru buat
- Buka laporan baharu di telefon. Pilih jenis: laporan program (program, aktiviti, bengkel, kursus) atau laporan pertandingan.
- Isi maklumat program. Nama program, tarikh (satu hari atau lebih), masa, tempat, anjuran, unit dan bilangan peserta. Anjuran, unit dan peringkat dipilih dari senarai sekolah, bukan ditaip.
- Tulis objektif, aktiviti dan impak. Setiap medan menyimpan draf sendiri semasa guru menaip, jadi laporan yang terganggu oleh loceng tidak hilang.
- Ambil gambar terus dari kamera. Empat gambar aktiviti secara lalai (sekolah boleh tetapkan 2 hingga 6). Gambar dikecilkan sebelum dimuat naik, jadi data mudah alih tidak habis.
- Hantar. Sistem memberi nombor rujukan dan menyusun PDF A4 satu muka surat dengan logo sekolah, gambar dan ruang tandatangan.
Apa yang pentadbir dapat
- Semua OPR sekolah dalam satu senarai, boleh ditapis ikut jenis, unit, tarikh dan anjuran, dan dicari ikut tajuk, tempat atau nombor rujukan.
- Format yang sama untuk setiap guru. Tiada lagi menyusun semula fon, logo dan gambar sebelum laporan dihantar ke PPD.
- Laporan yang perlu disemak dibuka semula kepada guru, bukan ditaip semula.
- Salinan ke Google Drive sekolah (pilihan). PDF yang dihantar disalin ke folder yang sistem cipta dalam Google Drive akaun sekolah.
- Halaman awam sekolah (pilihan): bahagian yang sekolah buka (laporan, pencapaian, koko, PAJSK, relief) untuk ibu bapa dan pegawai PPD, tanpa No. KP murid.
Laporan pertandingan yang terus menjadi rekod PAJSK
Dalam laporan pertandingan, peserta dipilih dari senarai murid sekolah. Setiap peserta diberi pencapaian sendiri (contohnya Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga atau Penyertaan), dan peringkat pertandingan dipilih dari senarai.
Bila laporan dihantar, pencapaian itu terus muncul di dua tempat:
- Rekod PAJSK setiap murid, bersama unit kokurikulum dan jawatan murid itu. Bila markah PAJSK perlu diisi ke sistem KPM (IDME/MOEIS), guru tidak mencari fail laporan lama satu per satu.
- Papan pencapaian sekolah, yang mengira pertandingan dan pencapaian individu tahun itu mengikut peringkat: sekolah, zon, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Templat Word dan Canva boleh menyimpan laporan. Ia tidak tahu murid mana yang menang apa.
PDF satu muka surat
Setiap laporan menjadi PDF A4 satu muka surat (laporan pertandingan menambah lampiran senarai peserta). Kepala halaman memapar nama dan kod sekolah, jenis laporan dan nombor rujukan. Maklumat program disusun dalam petak, diikuti objektif, aktiviti, impak dan gambar, dan ruang tandatangan untuk guru yang menyediakan dan pentadbir yang mengesahkan.
Laporan program ada dua susun atur: klasik (teks penuh lebar, empat gambar di bawah) dan moden (teks di kiri, gambar bertindan di kanan). Lihat contoh PDF laporan program.
Dibanding cara lain
| Templat Word / Canva | Google Form + Sheets | e-Pengurusan Sekolah | |
|---|---|---|---|
| Isi dari telefon | Sukar | Ya | Ya, dengan kamera |
| PDF seragam | Bergantung pada guru | Perlu skrip sendiri | Ya, satu muka surat |
| Carian laporan lama | Fail berselerak | Dalam hamparan | Senarai dengan tapisan |
| Peserta dari senarai murid | Tidak | Tidak | Ya |
| Rekod PAJSK murid | Ditaip semula | Ditaip semula | Terus dari laporan |
| Kehadiran dan laporan koko | Tidak | Borang berasingan | Dalam sistem yang sama |
Modul lain dalam sistem yang sama
OPR ialah satu daripada beberapa modul yang berkongsi senarai murid dan guru yang sama:
- Laporan kokurikulum: kehadiran dan laporan perjumpaan koko setiap minggu.
- Rekod pencapaian PAJSK: pencapaian, unit dan jawatan setiap murid.
- Keberadaan guru: rekod kelas ganti (relief).
- Semakan ID DELIMa: murid menyemak ID dan kata laluan DELIMa sendiri.
Panduan menulis laporan: One Page Report: format, contoh dan cara menulis.
Harga
Satu harga untuk satu sekolah, bukan seorang guru. Setiap guru mendapat akaun sendiri. 30 hari pertama percuma dengan semua modul, tanpa kad.
Soalan lazim
Apa itu sistem OPR?
Sistem OPR ialah aplikasi web untuk menyediakan dan menyimpan One Page Report sekolah. Guru mengisi borang, sistem menjana PDF satu muka surat yang seragam, dan semua laporan sekolah tersimpan dalam satu senarai yang boleh dicari.
Boleh guru isi OPR dari telefon sahaja?
Boleh. Borang laporan dibina untuk telefon: satu lajur, gambar terus dari kamera, dan draf disimpan sendiri. Pentadbir biasanya menyemak senarai laporan dari komputer.
Berapa gambar boleh dimasukkan dalam satu OPR?
Empat gambar setiap laporan secara lalai, dan sekolah boleh menetapkan 2 hingga 6. Gambar dikecilkan sebelum dimuat naik dan disusun dalam PDF mengikut susun atur yang dipilih.
Format OPR ikut sekolah sendiri?
Logo, nama dan kod sekolah dicetak pada setiap PDF. Senarai anjuran, unit, peringkat dan pencapaian boleh diubah oleh sekolah. Susun atur laporan program dipilih antara klasik dan moden.
Laporan OPR lama boleh dibawa masuk?
Sekolah yang memakai sistem OPR e-Pengurusan Pentadbiran yang lama boleh dipindahkan bersama laporan, murid, guru dan rekod koko, tanpa ditaip semula.
Data murid selamat?
Pelayan utama di Malaysia, dan salinan tersulit setiap malam turut disimpan di luar negara. No. KP murid disulitkan dan tidak pernah dipapar di halaman awam. Sekolah boleh mengeksport data (fail JSON) atau memadam semua data bila-bila masa.
