Setiap minggu perjumpaan, guru penasihat kelab, persatuan, unit beruniform dan sukan perlu menanda kehadiran ahli dan menulis laporan perjumpaan. Di banyak sekolah ia masih dibuat dalam buku kehadiran, kemudian ditaip semula ke Word atau Google Form, dan Unit Kokurikulum mengejar laporan yang belum dihantar.
Modul kokurikulum e-Pengurusan Sekolah menyimpan kehadiran, laporan perjumpaan, ahli dan jawatankuasa setiap unit dalam satu tempat, berkongsi senarai murid dengan modul lain.
Di telefon guru penasihat
- Buka unit dan minggu. Minggu perjumpaan bernombor 1 hingga 12 secara lalai; bilangan minggu boleh diubah di tetapan.
- Tanda kehadiran. Senarai ahli unit dipapar dengan kelas masing-masing. Tanda yang tidak hadir beserta sebab, kemudian tekan "tanda selebihnya hadir". Unit yang besar boleh ditapis ikut kelas.
- Isi laporan perjumpaan. Tajuk, aktiviti yang dijalankan, refleksi atau catatan guru, dan gambar aktiviti dari kamera. Draf disimpan sendiri.
- Hantar. Laporan dikunci, dan PDF laporan perjumpaan sedia dibuka atau dimuat turun.
Untuk Unit Kokurikulum dan pentadbir
- Grid pemantauan mingguan bagi setiap unit: hijau = dihantar, kuning = draf, kelabu = belum bermula. Unit yang tertinggal kelihatan tanpa bertanya satu per satu.
- Senarai semua perjumpaan dengan tapisan tahun, kategori, unit, status dan tarikh, serta PDF setiap laporan.
- Purata kehadiran keseluruhan dan mengikut kategori (kelab dan persatuan, sukan dan permainan, unit beruniform).
- Status koko setiap murid: lengkap, separa atau tiada unit, mengikut kategori yang aktif tahun itu.
Ahli, penasihat dan jawatankuasa
- Ahli unit dipilih dari senarai murid, atau diimport dari fail Excel. Murid yang belum ada dalam senarai boleh dicipta semasa import.
- Guru penasihat ditetapkan bagi setiap unit dan tahun.
- Jawatankuasa unit (Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan lain-lain) dipilih dari ahli, dengan foto pilihan, dan carta organisasi dijana sebagai PDF.
- Jawatan dan markah jawatan boleh diubah sekolah.
Bersambung dengan PAJSK
Unit, jawatan dan pencapaian pertandingan setiap murid berkumpul dalam rekod PAJSK murid itu. Bila markah PAJSK diisi ke sistem KPM (IDME/MOEIS), maklumatnya sudah tersusun.
Konteks: pada 2026 KPM memansuhkan rekod kokurikulum manual dan memberi sekolah autonomi memilih cara merekod sebelum data masuk PAJSK. Modul ini ialah satu cara merekod itu.
Soalan lazim
Boleh guru penasihat tanda kehadiran koko di telefon?
Boleh. Senarai ahli dipapar mengikut kelas, guru menanda yang tidak hadir beserta sebab, dan yang lain ditanda hadir dengan satu butang.
Berapa minggu koko setahun?
12 minggu secara lalai. Sekolah boleh mengubah bilangan minggu di tetapan.
Boleh import senarai ahli koko dari Excel?
Boleh. Ahli, guru penasihat dan jawatankuasa boleh diimport dari Excel atau CSV. Jika tajuk lajur berbeza, guru memadankan lajur sendiri sebelum import.
Pentadbir boleh tahu unit mana belum hantar laporan?
Boleh. Grid pemantauan memapar status setiap unit bagi setiap minggu, dan senarai perjumpaan boleh ditapis ikut status.
Ada PDF laporan perjumpaan dan carta organisasi?
Ya. Setiap laporan perjumpaan yang dihantar ada PDF sendiri, dan carta jawatankuasa setiap unit dijana sebagai PDF.
