Jana OPR percuma

Penjana OPR percuma tanpa daftar. Isi borang di telefon, tambah hingga empat gambar, dan muat turun PDF One Page Report A4 satu muka surat yang kemas.

Maklumat sekolah
Maklumat program
Isi laporan
Gambar aktiviti

Hingga 4 gambar. Gambar dikecilkan dalam telefon sebelum dihantar.

Pengesahan
Susun atur PDF

Kandungan laporan dan gambar tidak disimpan. PDF dijana dan terus dimuat turun.

Cara menjana OPR

  1. Pilih jenis laporan. Laporan program untuk program, aktiviti, bengkel dan kursus. Laporan pertandingan bila murid mewakili sekolah.
  2. Isi maklumat program dan laporan. Objektif, aktiviti dan impak ditulis satu perkara satu baris. Lihat contoh ayat dalam panduan OPR.
  3. Tambah gambar. Hingga empat gambar terus dari kamera atau galeri telefon.
  4. Tekan "Jana PDF". PDF A4 satu muka surat dimuat turun ke telefon atau komputer.

Maklumat sekolah, logo dan nama pengesah diingat dalam pelayar anda, jadi OPR seterusnya lebih cepat.

Apa yang anda dapat

  • PDF A4 satu muka surat dengan kepala sekolah (nama, kod, daerah dan logo).
  • Maklumat program dalam petak: tarikh, masa, tempat, anjuran, unit dan bilangan peserta.
  • Objektif, aktiviti dan impak, diikuti gambar yang disusun sendiri.
  • Ruang tandatangan "Disediakan oleh" dan "Disahkan oleh" dengan nama dan jawatan.
  • Laporan pertandingan: peringkat, pencapaian tertinggi, dan lampiran senarai peserta, kelas, pencapaian dan guru pengiring.
  • Laporan program: dua susun atur, klasik (gambar di bawah) dan moden (gambar di kanan). Teks panjang dikecilkan sendiri supaya kekal satu muka surat.

PDF yang sama dihasilkan oleh sistem OPR penuh. Lihat contoh OPR yang dijana (PDF).

Data anda tidak disimpan

Kandungan laporan, nama peserta dan gambar dihantar ke pelayan hanya untuk dijadikan PDF, kemudian dibuang. Tiada akaun, tiada salinan laporan. Kami hanya mengira bilangan PDF yang dijana.

Penjana atau sistem penuh?

Penjana ini sesuai untuk satu-satu laporan. Bila sekolah perlukan puluhan OPR setahun, sistem OPR menyimpan setiap laporan dalam satu senarai sekolah, memberi nombor rujukan, dan memasukkan pencapaian pertandingan terus ke rekod PAJSK murid. Peserta dipilih dari senarai murid, bukan ditaip.

Soalan lazim

Penjana OPR ini percuma?

Ya. Tiada daftar, tiada log masuk, tiada caj. PDF terus dimuat turun.

Boleh jana OPR dari telefon?

Boleh. Borang dibina untuk telefon dan gambar boleh diambil terus dari kamera. Gambar dikecilkan dalam telefon sebelum dihantar.

Berapa gambar boleh dimasukkan?

Hingga empat gambar setiap OPR.

Boleh letak logo sekolah?

Boleh. Muat naik logo sekali, dan ia diingat dalam pelayar anda untuk laporan seterusnya.

Adakah laporan saya disimpan?

Tidak. Kandungan dan gambar hanya diproses untuk menjana PDF. Simpan PDF yang dimuat turun di tempat anda sendiri.

Ada OPR untuk pertandingan?

Ada. Pilih "Laporan pertandingan" untuk mengisi peringkat, pencapaian, senarai peserta dan guru pengiring. Senarai peserta dicetak sebagai lampiran.