Setiap murid ada akaun DELIMa (ID dan kata laluan) untuk Google Classroom dan aplikasi pembelajaran KPM. Setiap awal tahun dan setiap kali murid terlupa, guru kelas atau penyelaras ICT menerima pertanyaan yang sama.
Modul DELIMa dalam e-Pengurusan Sekolah membolehkan murid menyemak ID dan kata laluan sendiri di halaman sekolah.
Cara ia berfungsi
- Sekolah mengimport senarai akaun DELIMa dari fail Excel. Lajur dipadankan secara automatik, atau dipadankan sendiri bila tajuk lajur berbeza. Pratonton dipapar sebelum disimpan.
- Murid membuka halaman semakan sekolah, memilih nama, dan memasukkan 4 digit akhir No. KP (dan tarikh lahir jika sekolah memerlukannya).
- ID dan kata laluan dipapar kepada murid itu sahaja.
Bila murid terlupa atau akaun bermasalah
- Pilih kelas dahulu, kemudian nama, supaya murid tidak tersalah pilih nama yang sama di kelas lain.
- Tarikh lahir sebagai pengesahan tambahan boleh dihidupkan oleh sekolah.
- Butang WhatsApp sekolah (pilihan): murid yang masih tidak dapat masuk menghantar mesej kepada guru ICT, dengan nama dan kelas sudah diisi. Teks mesej itu boleh ditetapkan sekolah.
Keselamatan
- Kata laluan DELIMa disimpan bersulit dan tidak dipapar dalam senarai di skrin pentadbir.
- Setiap kali kata laluan dibuka oleh guru, nama pengguna dan masa direkod dalam log audit.
- Semakan awam dihadkan bilangan cubaan: beberapa percubaan gagal mengunci semakan nama itu buat sementara. No. KP penuh tidak pernah dipapar.
- Pentadbir boleh mengeksport senarai akaun bersama kata laluan ke Excel untuk diedarkan; setiap muat turun direkod dalam log audit.
Soalan lazim
Macam mana murid semak ID DELIMa?
Melalui halaman semakan sekolah: pilih nama, masukkan 4 digit akhir No. KP, dan ID serta kata laluan dipapar. Pautan halaman itu diberi oleh sekolah.
Ini laman rasmi DELIMa KPM?
Tidak. Ini modul sekolah untuk menyemak akaun yang sekolah sendiri muat naik. Log masuk DELIMa tetap di laman rasmi KPM.
Kata laluan DELIMa selamat?
Kata laluan disimpan bersulit, tidak dipapar dalam senarai, dan setiap pembukaan oleh guru direkod. Semakan awam memerlukan nama dan 4 digit akhir No. KP murid itu.